Petua Buang Angin Dalam Badan Secara Tradisional dan Cepat

Petua Buang Angin Dalam Badan Secara Tradisional dan Cepat – Angin boleh menjadi satu masalah yang sering badan kita alami. Biasanya angin dalam badan berpunca kerana aspek pemakanan dan sistem penghadaman. Ada sesetengah orang yang mudah keluarkan angin dalam badan seperti mudah kentut dan senang sendawa, tetapi sesetengah lain susah membuangnya.

petua buang angin dalam badan

Simpton angin dalam badan biasanya badan lemah, perut kembung dan muntah-muntah. Jika sudah mengalami masalah angin ini, pasti aktiviti anda akan terganggu. Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa petua hilangkan angin dalam badan yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

Petua Buang Angin Dalam Badan

Minum minuman halia

Minum minuman halia adalah petua buang angin dalam badan yang paling mudah diamalkan oleh ramai orang. Minum minuman halia semulajadi yang boleh anda buat sendiri di rumah. Campurkan sedikit lemon dan madu untuk melegakan masalah penghadaman dan buang angin dalam badan. Ada pelbagai minuman sachet yang berasaskan halia, tetapi halia semulajadi lebih berkesan untuk membuang angin.

Minum rebusan daun betik

Air rebusan daun betik dipercayai boleh menghilangkan angin dalam badan. Caranya, rebus 4-5 helai daun betik dengan 1 liter air kosong. Minum air rebusan daun betik semasa suam. Air rebusan ini terasa pahit tetapi ia menjadi petua mujarab dan berkesan.

Makan bawang putih

Bawang putih mengandungi bahan yang boleh membuang angin dalam badan secara semulajadi. Caranya, makan mentah-mentah seulas bawang putih yang telah diulas. Kalau tidak suka, anda boleh makan 5 ulas bawang putih yang telah bakar (tidak sampai hangus). Angin secara perlahan-lahan akan keluar dan badan anda akan terasa hangat.

Ambil vitamin C

Vitamin C boleh membantu meningkatkan imuniti badan supaya badan kembali dalam bentuk sehat dan membuang angin dalam badan secara semulajadi. Ada pelbagai jenis makanan yang mengandungi vitamin C tinggi, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga boleh mengambil vitamin C daripada minuman tambahan yang kini ramai dijual di pasaran, seperti You C 1000.

Kerok duit syiling

Petua buang angin dalam badan ini sudah dipercayai sejak zaman dahulu. Badan yang dikerok dengan duit syiling boleh membuka liang-liang kulit dalam badan. Walaupun ramai yang mempertikaikan kesan kerokan, namun masih ramai orang yang telah merasai kesan kerokan dalam menghilangkan angin dalam badan.

Kerok bawang merah

Jika anda tidak mahu mengambil risiko daripada kerok duit syiling, anda boleh cuba kerok badan dengan hirisan bawang merah. Caranya, ambil bawang merah dan oleskan dengan minyak eucalyptus, buat kerokan seperti kerok duit syiling.

Senaman ringkas

Cara buang angin dalam badan terakhir iaitu dengan melakukan satu senaman ringkas. Anda boleh mengambil senaman Relieving Wind Pose dan Garland Pose. Cara melakukan Relieving Wind Pose iaitu dengan tidur terlentang dan tarik satu lutut ke arah dada dengan kedua tangan. Ulangi dengan kaki lainnya. Untuk melakukan Garland Pose iaitu dengan berdiri dengan kedua kaki yang lebar dan letakkan tangan seperti berdoa, tekuk lutut kepada dudukan bercangkung.

Walaupun petua buang angin dalam badan diatas telah anda cuba, justeru yang wajib anda amalkan dengan mengambil gaya hidup sihat. Angin dalam badan boleh terjadi kerana anda karang melakukan aktiviti dan makan makanan yang tidak sihat. Masalah angin memang kedengaran tidak serius, tetapi jika semakin teruk, ia boleh menggangu aktivit seharian anda. Segera ke doktor jika sakit berterusan.

Incoming search terms:

  • buang angin dengan duit syiling
  • halia dan minyak untuk buang angin
  • petua menghilangkan kelistorol dalam badan
  • petua ubat buang angin dalam badan
Petua Buang Angin Dalam Badan Secara Tradisional dan Cepat | Malaya Daily | 4.5