Petua Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Petua Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak Secara Semulajadi Tanpa Ubat – Batuk dan kahak adalah dua serangkai yang tidak boleh dielakkan oleh siapapun. Semua orang mesti beberapa kali dijangkiti sakit ini dalam setahun. Kebiasaannya, batuk terjadi apabila salah makan atau terlebih minum air batu. Bila sudah batuk, tekak mesti terasa sakit dan mengganggu aktiviti sewaktu bekerja. Apalagi kemudian batuk menyerang dalam masa agak panjang.

petua hilangkan batuk

Memang menyeksakan kalau sudah kena batuk, lebih lagi batuk berkahak. Batuk sememangnya tidak akan berhenti selagi puncanya tidak dirawati. Kalau di ikutkan ada pelbagai cara merawat batuk. Ada yang menggunakan ubat dari klinik, ada pula yang menggunakan bahan semulajadi. Sekarang saya akan kongsikan beberapa petua hilangkan batuk dan gatal tekak secara semulajadi tanpa ubat di bawah ini.

Petua Hilangkan Batuk

Teh dan madu

Teh sudah diakui dapat menghilangkan batuk dan gatal tekak. Ganti gula dengan madu, ia mempunyai efek teraputik yang dapat membantu proses pemulihan badan. Jika tidak suka minum teh, minum sahaja madu secara terus dengan air suam.

Kunyit

Jika anda mempunyai masalah batuk kering, sila cuba makan masakan berasaskan kunyit. Atau buat campuran dari kunyit dan lada hitam. Caranya, rebus air dan tambahkan satu sudu teh kunyit, serbuk kayu manis dan serbuk lada hitam. Minum semasa dingin tiga kali sehari hingga batuk hilang.

Sup ayam

Kajian terkini oleh Universiti Nebraska, Amerika Syarikat telah mengesahkan sup ayam memiliki kebaikan anti-inflamasi seperti kandungan dalam ubat batuk. Ia juga boleh mencairkan kotoran yang berada di dalam tekak.

Coklat

Coklat mengandungi kandungan theobromine yang dapat memberikan tekanan terhadap saraf vagus. Saraf vagus bertindak sebagai penghasil reaksi saat badan terkena batuk. Minumlah coklat panas untuk melegakan tekak dan rasa batuk.

Menthol

Menthol mempunyai kebaikan untuk melegakan tekak, membuka ruang nafas dan menghilangkan batuk. Sapukan minyak sapu yang mengandungi menthol ke bahagian dada dan tekak, boleh juga makan gula-gula yang mengandungi menthol. Namun rokok yang mengandungi menthol bukan petua hilangkan batuk dan gatal tekak. Ia boleh menjadi punca utama anda batuk dan menyebabkan batuk menjadi lebih teruk.

Bawang putih

Bawang putih sememangnya terkenal mengandungi kandungan anti-bakteria untuk menghilangkan batuk. Caranya ambil seulas bawang putih dengan kulitnya. Cucuk dengan garfu dan bakar selama 2 minit. Lepas itu kupas kulitnya dan makan bawang putih itu. Bawang putih yang sudah masak betul rasanya tiada pedas lagi. Untuk lebih mudah, bakar bawang putih ke dalam oven dengan suhu 180 C selama 20 minit.

Buah badam

Buah badam mempunyai kebaikan menghilangkan batuk dengan cepat. Caranya, siapkan 5-8 biji buah badam dan rendam dalam air minimal 12 jam. Tumbuk buah badam hingga lembut seperti pasta dan tambahkan sesudu teh mentega. Makan pasta buah badam ini 3-4 kali sehari.

Limau nipis dan kicap

Limau nipis dan kicap menjadi satu petua hilangkan batuk dan gatal tekak dari zaman dahulu. Ia sangat cepat merawat batuk. Caranya, peras satu biji limau nipis dengan sudu ke dalam mangkuk, tuang sedikit kicap manis, dan kacau sebentar. Minum ubat batuk ini dua kali sehari. Selepas itu, minum air hangat untuk melegakan tekak.

Daun mint

Daun mint dipercayai mempunyai kandungan yang dapat merawat batuk. Daun mint kerap diolah menjadi pelbagai bahan baku perubatan. Caranya, rebus daun mint secukupnya selama 10 minit dan saring airnya. Tambahkan madu dan perasan limau nipis untuk lebih berkesan. Minum ramuan ini dua kali sehari hingga batuk hilang.

Halia

Halia mengandungi kandungan antihistamin dan decongestant yang dapat membantu menghilangkan sakit tekak dan batuk. Caranya, ambul seulas jahe dan hiris nipis. Rebus hirisan jahe selama 15 minit dan saring airnya. Jika mahu, berikan juga perasan limau nipis/madu dan minum semasa hangat.

Petua hilangkan batuk dan gatal tekak ini sekiranya diikuti dengan menjaga kebersihan pemakanan dan persekitaran anda. Pemakanan dan persekitaran yang kotor boleh membuat batuk kembali selepas pulih sediakala. Jika sekiranya batuk anda tidak berkurang, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Incoming search terms:

  • petua gatal tekak
  • petua hilangkan gatal tekak
Petua Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak Secara Semulajadi Tanpa Ubat | Malaya Daily | 4.5