Petua Hilangkan Jeragat Degil Di Muka Dengan Cepat dan Berkesan

Petua Hilangkan Jeragat Degil Di Muka Dengan Cepat dan Berkesan – Jeragat dikenali sebagai adik jerawat yang kelihatan seperti lekukan kecil pada kulit. Jeragat disebabkan oleh sel-sel kulit yang mati, pembentukan minyak dan bakteria pada bahagian liang muka.

petua hilangkan jeragat degil

Jika anda sedang bermasalah dengan jeragat, pasti anda tahu betapa sukarnya menghilangkan jeragat di muka. Untuk itu sekarang saya akan kongsikan beberapa petua hilangkan jeragat secara alami dan berkesan. Anda tidak akan lagi mempunyai tahap keyakinan rendah dan malu lagi jika berjumpa dengan orang kerana masalah jeragat.

Petua Hilangkan Jeragat

Jus Lemon

Jus lemon kaya mengandungi asid alpha hydroxy yang membantu menggelupaskan kulit mati dan memudahkan pertumbuhan semula sel. Ia juga boleh membantu hilangkan minyak berlebih di muka. Cara hilangkan jeragat dengan jus lemon iaitu dengan celup bola kapas dalam jus lemon dan letakkan ia pada muka anda yang berjeragat. Biarkan ia selama 15-20 minit dan selepas itu cuci dengan air sejuk. Ulangi cara ini setiap hari sebelum tidur.

Cuka Epal Cider

Cuka epal cider dapat mengeluarkan minyak berlebih pada kulit muka dan bersifat anti-bakteria sehingga membantu melawat jeragat. Caranya dengan mencampurkan satu sudu cuka epal cide dengan satu cawan air kosong. Celup dengan bola kapas dan letakkan di muka anda selama 10 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam.

Baking Soda

Baking soda dapat membantu pengelupasan lembut minyak, mengekalkan keseimbangan pH kulit, dan membuang kotoran dan sel-sel kulit yang mati. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh baking soda dan sedikit air untuk membuat pes. Sapukan pes baking soda pada jeragat selama beberapa minit. Ulangi cara ini untuk 2-3 kali hingga anda boleh berpuas hati. Tetapi anda harus elakkan cara ini jika kulit anda sensitif.

Oatmeal

Oatmeal dapat bekerja sebagai spons yang dapat menyerap minyak berlebih, membuka liang, menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul di muka. Anda harus siapkan dua sudu yoghurt, satu sudu jus lemon, satu sudu madu, empat sudu besar serbuk oat. Campurkan semua bahan hingga menjadi pes dan letakkan pes ini pada muka anda selama 20 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam. Cuba cara ini 1-2 kali seminggu secara rutin.

Krim Farmasi

Petua hilangkan jeragat yang terakhir adalah dengan menggunakan krim farmasi, bukan krim yang dijual kat tepi jalan. Anda boleh gunakan krim benzoil peroksida. Krim ini dapat membersihkan muka, membunuh bakteria, menghapus pembentukan minyak dan sel-sel kulit mati pada muka anda. Anda boleh dapati ia dimana-mana farmasi. Tetapi krim ini boleh menyebabkan kulit menjadi gatal, kering dan mengelupas.

Jika anda ragu-ragu dengan petua hilangkan jeragat diatas, sila jumpa pakar kulit untuk mendapatkan konsultasi. Cara termudah yang boleh anda cuba iaitu cuci muka dengan kerap. Jeragat disebabkan kerana kulit muka yang kotor. Basuhlah muka anda 1-2 kali sehari dengan pencuci muka. Tetapi jangan sampai kulit muka anda terlalu kering kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak minyak yang dihasilkan.

Incoming search terms:

  • hilangkan jeragat dengan lemon
  • tips menghilangkan jeragat di muka
Petua Hilangkan Jeragat Degil Di Muka Dengan Cepat dan Berkesan | Malaya Daily | 4.5