Petua Hilangkan Selsema Secara Semulajadi Dan Cepat Tanpa Ubat

Petua Hilangkan Selsema Secara Semulajadi Tanpa Ubat – Selsema adalah satu penyakit yang umum terjadi kepada orang dewasa dan anak-anak. Bahkan bayi yang baru lahir juga boleh kena selsema. Virus ini menyerang dengan mudah kerana ia melekat pada udara dan objek di sekeliling anda.

petua hilangkan selsema

Jika anda sedang terkena selsema, pasti anda tahu betapa sukarnya menghilangkan selsema. Bernafas semput, hidung tersumbat, tidur tak selesa, memang seksa kalau hidung sudah tersumbat kerana selsema. Anda tak mesti ke doktor untuk menghilangkan selsema. Nasib baik masalah ini boleh diatasi dengan beberapa petua hilangkan selsema secara alami tanpa ubat.

Petua Hilangkan Selsema

Elak Hembus Hidung Kuat-Kuat

Sebaiknya anda elakkan untuk menghembus hidung dengan kuat. Ia dapat menyebabkan masalah hidung tersumbat menjadi lebih teruk. Membran lembut yang terdapat di dalam hidung akan bertambah radang.

Minum Cecair Panas

Anda boleh amalkan minum cecair panas, seperti sup dan teh herba yang banyak semasa hidung tersumbat. Ia dapat mengurangkan mukus dalam hidung yang menjadi penyebab hidung tersumbat.

Mandi Air Panas

Mandi dengan air panas menjadi satu petua hilangkan selsema. Wap air yang keluar daripada haba panas boleh membantu melancarkan pernapasan dan cara mengatasi hidung tersumbat. Mandilah dengan air panas maksimum 30 minit, tidak lebih daripada itu kerana boleh membuat selsema semakin teruk.

Hirup Wap Panas

Jika anda tidak mahu mandi dengan air panas, gunakan wap panas untuk disedut ke hidung. Caranya masak air panas dan letakkan ke dalam bekas. Boleh tambahkan minyak kayu putih supaya lebih selesa bernafas, tetapi agak pedih di mata.

Makan Makanan Pedas

Bila kita makan pedas, air akan keluar daripada mata dan hidung. Oleh itu, makanlah makanan pedas untuk mengeluarkan lebihan cairan dalam hidung danĀ  melegakan hidung yang tersumbat.

Sapu Minyak

Untuk hilangkan selsema degel, anda boleh sapukan minyak aromaterapi seperti tea tree, eucalyptus, atau vapour rub yang sesuai pada leher dan dada anda. Gunakan cara ini sebelum tidur untuk memberikan kelegaan pada hidung yang tersumbat.

Hirisan Bawang Merah

Bawang merah sudah turun temurun menjadi obat yang mampu menyerap virus. Ia juga boleh menyembuhkan selsema degil. Caranya, letakkan hirisan bawang merah ke dalam bekas dan letakkan di sudut bilik anda berehat. Cara lain iaitu dengan campurkan hirisan bawang merah dan minyak eucalyptus, sapukan ke bahagian dada dan leher.

Jika anda sudah mencuba petua hilangkan selsema diatas tetapi tidak lekas pulih dan semakin teruk, maka anda boleh minum ubat. Terdapat banyak ubat dijual kat farmasi, tetapi anda mesti berhati-hati kerana banyak ubat selsema menyebabkan mengantuk. Jika sudah lebih dari satu minggu, sebaiknya anda pergi ke doktor untuk perawatan lanjutan.

Incoming search terms:

  • cara hilangkn sesema
  • hilangkan selsema tanpa ubat
  • petua hilang selsema
  • petua hilangkan selesema dewasa
  • petua hilangkan selsema orang dewasa
  • ubat selsema kuat
Petua Hilangkan Selsema Secara Semulajadi Dan Cepat Tanpa Ubat | Malaya Daily | 4.5